- Otot sphincter ialah otot yang membantu menahan air kencing daripada bocor.
- Urethra ialah tiub yang membuang air kencing. Otak memberi isyarat untuk otot bladder mengecut untuk membuang air kencing keluar daripada bladder.
- Dalam masa yang sama, otak memberi isyarat kepada otot sphincter untuk berehat untuk membenarkan air kencing keluar daripada bladder dan ke urethra.
1001 Maklumat Mengenai Buah Pinggang, Salur Kencing, Pundi Kencing, Batu Karang, Prostat, Kencing Kotor & Tak Lawas [Lasinaan - Ubat Lawas Kencing]
Otot Sphincter Mengawal Pembuangan Air Kencing
Mengenal Buah Pinggang
Pengenalan
Buah pinggang juga dikenali sebagai ginjal iaitu organ kembar yang terlibat dalam sistem urinari seseorang. Tugas
terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan
mengekalkan homeostasis. Homeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan
dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homeostasis dengan mengeluarkan atau
menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih.
Setiap orang memiliki sepasang ginjal yang terletak di kanan dan kiri tubuh. Lokasinya ialah di belakang perut atau abdomen, kanan dan kiri tulang belakang, di bawah hati dan limpa. Di bahagian atas (superior) ginjal terdapat kalenjar adrenal yang juga disebut sebagai suprarenal glands. Ginjal bersifat retroperitoneal yang bererti terletak di belakang peritoneum yang melapisi rongga abdomen. Kedua ginjal terletak di sekitar vertebra T12 hingga L3. Ginjal kanan biasanya terletak sedikit di bawah ginjal kiri untuk memberi tempat kepada hati.
Ginjal atau buah pinggang merupakan organ ekskresi dalam vetebrata yang bentuknya mirip kacang merah. Ekskresi adalah proses pembuangan sisa metabolisme dan benda tidak berguna lainnya.
Fungsi Buah Pinggang atau Ginjal
Fungsi utama buah pinggang atau ginjal adalah untuk mengatur volume dan
kandungan kimiawi darah dan sebagai penyaring
kotoran (terutama urea) dari darah dan membuangnya bersama dengan air
dalam bentuk urin. Selain itu juga berperanan dalam menghasilkan erythropoietin (EPO) yang menstimulasi produksi sel darah merah. Apabila ginjal telah mengesan bahawa jumlah sel darah
merah dalam tubuh berkurang, maka ginjal merangsang produksi dan pelepasan lebih
banyak sel darah. Ginjal juga menghasilkan metabolisme vitamin D iaitu calcitriol yang merupakan bentuk aktif dari vitamin D dan
diperolehi daripada calciferol dan fungsinya supaya vitamin D bertahan dalam
darah. Renin yang merupakan enzim juga disekresi oleh ginjal. Sekresi atau secretion adalah proses melepaskan untuk membuat dan melepaskan bahan kimiawi dalam bentuk lendir. Munculnya
renin kerana ada rangsangan, tekanan dan konsentrasi air dan sodium, maka jika
ia menurun, maka keluar renin dari liver merangsang angiotensinogen.
Pemahaman
yang lebih mudah untuk masyarakat awam memahami akan fungsi buah
pinggang ialah sebagai pembersih bahan dan cecair berlebihan dari dalam
darah. Menapis dan membantu memperbetulkan tekanan darah dan menentukan
bilangan sel darah. Seterusnya berfungsi menyingkirkan kotoran dalm
bentuk cecair melalui air kencing.
Sakit Buah Pinggang
Pesakit
yang mengalami masalah atau gangguan pada buah pinggang tidak
semestinya berasa sakit pada kedua-dua belah kiri dan kanan pinggangnya
seperti mana mereka yang mengalami sakit jantung yang terpaksa memegang
dada ketika berlakunya serangan jantung. Kadangkala pesakit sendiri
tidak menyedari yang dia sedang mengalami kelemahan fungsi buah
pinggangnya, sehinggalah dilakukan diagnosis ke atasnya atau mengalami
simptom-simptom tertentu.
Terdapat
banyak penyakit yang melibatkan buah pinggang atau ginjal ini. Antaranya
ialah infeksi saluran kencing, saluran kencing tersekat kerana adanya
batu dalam ginjal atau disebut juga sebagai batu karang, tekanan darah
tinggi, diabetes mellitus, glomerulonephritis, nephrosis dan lain-lain.
Gejala Sakit Buah Pinggang
- Terasa sakit ketika kencing
- Kerap kencing terutama pada waktu malam
- Kencing berdarah iaitu air kencing bercampur dengan darah
- Sukar untuk tidur
- Tekanan darah tinggi
- Terasa lemah dan letih
- Bengkak pada kaki
- Sakit pada bahagian belakang terutama pinggang dan punggung
- Terasa mual dan loya
- Perubahan jumlah air kencing samada terlalu banyak atau terlalu sedikit
- Kencing kotor iaitu warna air kencing yang terlampau kuning atau kemerahan atau cokelat
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan terutama pada sebelah pagi
- Kencing tidak lawas
Punca Sakit Buah Pinggang
Sakit buah pinggang adalah disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya ialah:
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Kurangnya meminum air iaitu kurang 2.5 liter setiap hari yang menyebabkan tubuh menjadi kekeringan dan pada masa yang sama ginjal bekerja keras
- Pengambilan ubat-ubatan atau makanan yang berkimia secara kerap
- Merokok
- Mengamalkan minuman yang manis-manis secara kerap terutama yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan
- Pengambilan minuman beralkohol
- Tabiat suka menahan kencing
- Mengamalkan minum air di tengah malam secara kerap
- Tidak atau kurangnya mengamalkan senaman
- Tekanan perasaan yang melampau atau stress
Diagnosis
Pesakit
yang mengalami masalah yang berkaitan dengan buah pinggang boleh
diperiksa dengan melakukan beberapa kaedah diagnosis untuk mengenalpasti
sejauh mana tahap sakitnya. Pusat Rawatan Islam Elmufeed menggunakan kaedah seperti:
1. Saraf Tapak Tangan (The Sign of Hand-Palmistry)
- Ruas ketiga jari kelingking membuncit
- Rasa ketulan pada ruas ketiga jari kelingking
- Ruas jari ketiga seluruh jari membuncit
- Pangkal kuku berwarna hitam
- Garis-garis halus menegak jelas kelihatan pada ruas-ruas jari
2. Iridologi (Iridology)
Menggunakan alat atau mesin iridologi (computerized iridology analysis) untuk mengenalpasti pada sistem pembuangan (elimination)
iaitu pada Zon 5 antara jam 5-6 (mata kanan) dan antara jam 6-7 (mata
kiri). Kaedah iridologi ini boleh melihat keadaan jaringan organ tubuh
dalam 5 tahap samada pada tahap normal, acute, sub-acute, chronic atau degenerative.
Rawatan dan Terapi
Pesakit
buah pinggang boleh dirawat dengan beberapa kaedah rawatan dan terapi
bergantung jenis sakit, keadaan tubuh pesakit dan selepas melakukan
diagnosis atau pemeriksaan. Antara terapi yang boleh dilakukan ialah:
- Al Hijamah (bekam)
- Akupuntur (acupuncture)
- Refleksologi (reflexology)
- Rawatan berasaskan herba
Semoga dengan paparan info berkenaan dengan buah pinggang atau ginjal
ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat ke arah penjagaan tubuh badan
agar sentiasa sihat sepanjang hayat dan membantu memudahkan menjalani
ibadah seharian kita kepada Allah SWT serta menjadi insan yang bertaqwa.
Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD
Info : http://bekamdanrawat.blogspot.com/2011/12/mengenal-buah-pinggang.html
Diet Rendah Protein Pesakit Buah Pinggang
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
![]() |
RAWATAN dialisis bukan
bermakna berakhirnya hidup anda. Pelan pemakanan khusus seperti
mengurangkan pengambilan protein bagi menghalang pengumpulan bahan
buangan di dalam badan dapat membantu rawatan.
|
ANDA mungkin pernah mendengar keluhan pesakit buah pinggang: Sakit (rawatan)... Ia juga membuatkan saya berasa murung dan tidak produktif.
Masakan tidak. Bagi pesakit buah pinggang kronik, rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam sekali, tiga kali seminggu untuk meneruskan hidup secara normal.
Itu belum mengambil kira bebanan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh mereka bagi mendapatkan rawatan dialisis.
Nilainya mampu mencecah gaji sebulan yang diperoleh seorang eksekutif!
Buah pinggang di kalangan pengamal perubatan Cina lama, diibaratkan sebagai ibu kepada segala bahan cecair yang terdapat di dalam badan manusia.
Sepasang organ berbentuk kacang ini terletak sebelah-menyebelah, atas sedikit daripada aras pinggang belakang, bawah sedikit daripada rangka tulang rusuk. Setiap satu darinya berukuran saiz penumbuk anda.
Sesuai fungsinya sebagai alat penapis, buah pinggang bertanggungjawab mengumuhkan sisa-sisa bernitrogen terutama urea daripada darah.
Unit-unit aktif buah pinggang dikenali sebagai nefron, yang menuras darah di bawah tekanan dan kemudian menyerap air dan bahan-bahan terpilih kembali ke darah.
Air kencing yang terbentuk mengalir melalui tubul-tubul renal ke ureter, yang menuju ke pundi kencing.
Apabila buah pinggang hilang keupayaan penapisannya, ia akan membentuk kekurangan air kencing dan mengakibatkan pengumpulan cecair serta bahan buangan di dalam darah. Keadaan ini dinamakan penyakit (kegagalan) buah pinggang.
Bahan buangan tersebut akan bertindak sebagai racun yang memberikan kesan tidak selesa seperti rasa loya, muntah, hilang selera makan dan kelesuan. Kesemuanya dikenali sebagai simptom uremia, kata Pakar Nefrologi, Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur, Dr Lim Chin Seng.
Menurutnya, kegagalan buah pinggang kronik berlaku apabila ia rosak teruk disebabkan oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Lazimnya, kata Dr. Lim, penyakit berkembang secara perlahan-lahan dengan menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang tidak ketara pada peringkat awalnya.
Malah, kebanyakan penghidap langsung tidak menyedari masalah tersebut sehinggalah fungsi buah pinggang mereka merosot ke tahap kurang daripada 25 peratus berbanding keadaan normal.
Apabila seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, mereka akan sakit teruk beberapa bulan lamanya dan mengalami anemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal menyingkirkan bahan kotoran mahupun menyerap bahan-bahan yang berguna, jelas beliau.
Tambahnya, tekanan darah tinggi dan diabetes merupakan antara penyebab utama yang mencetuskan kegagalan buah pinggang kronik.
Kajian mendapati, di antara 20 hingga 40 peratus pesakit diabetes akan berakhir sebagai pesakit buah
pinggang diabetes di mana komplikasi diabetes yang serius mengakibatkan kerosakan buah pinggang secara beransur-ansur (diabetik nefropati).
Berdasarkan Laporan Daftar Dialisis dan Transplan Malaysia Ke-11 2003, adalah dianggarkan 2,000 pesakit didiagnosis mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir (kronik).
Tambah menggerunkan, kadar pesakit yang memerlukan dialisis meningkat kepada 2,538 orang pada tahun 2004 jika dibandingkan dengan 43 orang sahaja pada tahun 1980, tegas Dr. Lim.
Saban tahun, lebih 2,500 orang mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir di negara ini, bersamaan dengan kira-kira 100 orang dalam sejuta penduduk.
Mengulas lanjut, jelas beliau, ada kalanya kegagalan buah pinggang boleh berlaku secara tiba-tiba atau akut. Keadaan ini selalunya terjadi selepas prosedur pembedahan yang rumit atau kecederaan teruk, ubat-ubatan tertentu atau apabila pembuluh darah yang menghala ke arah buah pinggang tersekat.
Rawatan penyakit buah pinggang kronik bergantung kepada tahap penyakit tersebut dengan matlamat untuk menghentikan atau melengahkan tahap perkembangannya.
Dalam kes-kes lebih ringan (tahap satu), langkah yang aktif perlu diambil untuk mengawal hipentensi (darah tinggi), memperbetulkan ketidakseimbangan garam dan air serta merawat jangkitan saluran urinari/kencing, kata Dr. Lim.
Pada tahap dua dan tiga, pengurusan diet yang bersesuaian termasuk mengehadkan protein dan mengubah suai pengambilan air selain ubat-ubatan yang dipreskripsikan secara tetap oleh doktor boleh memperlahankan proses perkembangan penyakit dalam jangka panjang.
Penyakit buah pinggang kronik boleh maju ke tahap akhir (peringkat empat) di mana buah pinggang berfungsi pada kapasiti yang tidak normal.
Ketika ini, seseorang itu sama ada memerlukan penapis tiruan (dialisis) ataupun pemindahan buah pinggang untuk meneruskan hidupnya.
*Diet sangat rendah protein
Apa yang mungkin tidak kita sedari adalah betapa kos terapi penggantian buah pinggang seperti dialisis dan transplan yang jauh lebih tinggi, sehingga 10 kali ganda berbanding pengurusan penyakit buah pinggang yang efektif menerusi terapi pemakanan buah pinggang.
Bagi mengelakkan pengumpulan bahan buangan terjadi, kata Dr. Lim, seseorang itu hendaklah mengehadkan pengambilan protein di dalam makanan kerana protein akan menghasilkan bahan buangan (seperti urea) di dalam air kencing.
Pada masa yang sama, pengambilan fosfat di dalam diet mestilah dikurangkan.
Jumlah kalori yang cukup dan memadai dari lemak dan karbohidrat amat penting bagi satu terapi diet yang berjaya.
Sekiranya jumlah kalori tidak mencukupi, badan anda akan memecahkan otot-otot untuk penghasilan tenaga dan akhirnya menyebabkan anda kehilangan berat badan, ujar beliau.
Asid amino merupakan elemen yang paling kecil di dalam protein. Terdapat 20 jenis asid amino di dalam makanan kita.
Dr. Lim berkata, ada beberapa asid amino penting yang tidak berupaya dihasilkan oleh badan kita dan hanya boleh didapati daripada makanan yang diambil.
Dengan mengurangkan pengambilan protein untuk menghalang pengumpulan bahan buangan di dalam badan, jumlah asid amino juga akan turut berkurangan.
Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan. Ketosteril adalah makanan tambahan yang dapat menghalang pengurangan jumlah asid amino yang diperlukan sekali gus mampu mengekalkan anda berada pada tahap pemakanan yang sihat, katanya.
Menurutnya, Ketosteril mengandungi asid amino perlu dan juga asid keto iaitu asid amino perlu tanpa unsur nitrogen (tidak menghasilkan bahan buangan).
Apabila digunakan, asid keto akan bertukar kepada asid amino yang diperlukan di dalam badan dan menghalang kehadiran bahan buangan yang dihasilkan oleh asid amino.
Kajian membuktikan bahawa diet sangat rendah protein yang ditambah dengan Ketosteril, produk keluaran firma farmaseutikal Fresenius Kabi itu mampu memperlahankan kerosakan fungsi buah pinggang, mengurangkan kesan sampingannya di samping mengekalkan status zat-zat pemakanan/nutrisi pesakit.
Ini sekali gus membolehkan pesakit menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan paling penting, menangguhkan kegagalan buah pinggang kronik memasuki tahap akhir, dari tempoh tiga ke lima tahun, kata Dr. Lim.
Amalkan diet berprotein sangat rendah yang ditokok dengan Ketosteril hanya di bawah pengawasan doktor perubatan bersama-sama dengan pemeriksaan yang kerap. Nasihat doktor haruslah dipatuhi. Dapatkan saranan pakar diet.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0128&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2lxXjEjzF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tanda Batu Karang Di Kalangan Lelaki
Batu karang yang
berlaku pada lelaki mungkin menunjukkan beberapa tanda, atau tidak
menunjukkan sebarang tanda sama sekali. Terdapat beberapa faktor yang
terlibat bagi menentukan apakah gejala yang dialami, dan lokasi serta
saiz batu itu akan mempengaruhi kesan ke atas sakit batu karang yang
dirasakan. Dalam beberapa kes, penyingkiran batu karang
mungkin perlu jika batu itu terlalu besar. Kebiasaannya tanda pertama
yang anda perasan bagi penyakit batu karang adalah sakit yang yang
sedikit akan menjadi teruk terutamanya di bahagian tepi, belakang,
pangkal paha, atau kemaluan.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Faktor-faktor dan gejala-gejala khusus yang anda alami akan menentukan jenis batu karang yang sedang anda hadapi. Terdapat banyak jenis batu-batu ini, dengan komposisi dan bentuk yang berbeza, dan beberapa jenis boleh keluar dengan mudah dan dengan kesakitan yang kurang daripada yang lain. Batu karang yang berlaku di kalangan kaum lelaki juga menyebabkan peningkatan suhu badan, loya, dan juga muntah-muntah. Darah dalam air kencing lazimnya akan keluar bersama-sama dengan batu-batu ini, dan sensasi kekejangan mungkin dirasakan apabila otot saluran kencing cuba menolak batu itu keluar. Pengeluaran batu karang dikalangan lelaki juga akan menyebabkan jangkitan pada saluran kencing, kerana kerosakan yang dilakukan oleh batu karang tersebut ketika ia melalui tiub.
Tanda-tanda batu karang yang ditunjukkan dikalangan lelaki adalah sama dengan tanda-tanda batu karang yang berlaku dikalangan perempuan. Dalam beberapa kes, komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila batu karang tidak dapat keluar melalui saluran kencing, dan ini akan menyekat pengaliran air kencing.
Pembedahan kecemasan perlu dilakukan kerana batu tersebut perlu dibuang dengan segera. Komplikasi lain yang boleh berlaku ialah kegagalan buah pinggang, tetapi selalunya ianya disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan buah pinggang, bukan disebabkan oleh batu karang semata-mata. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti batu karang dan anda sebelum ini tidak pernah didiagnosis dengan penyakit batu karang, kemungkinan anda perlu berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah tersebut. Sekiranya anda mempunyai sejarah masalah batu karang dan mengalami tanda-tanda tersebut, kebiasaannya ubat-ubatan boleh membantu melainkan batu karang tersebut terlalu besar dan ianya menghalang saluran kencing anda.
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Info : http://buahpinggangsihat.com/penyakit-batu-karang-2/tanda-batu-karang-dikalangan-lelaki/
Tanda Batu Karang Pada Wanita
Assalamualaikum pembaca sekalian,

Gejala batu karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain. Terdapat pelbagai jenis batu karang, dan ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada mikroskopik sehingga saiz yang cukup besar untuk menyekat saluran kencing anda. Batu karang pada lelaki mungkin mempunyai beberapa gejala yang sama, dan beberapa rawatan di rumah boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan dan mengeluarkan batu itu. Salah satu tanda yang paling kerap ialah rasa kesakitan, dan ini boleh berlaku di belakang, sisi, kemaluan, atau bahagian sulit.
Beberapa tanda lain batu karang pada wanita ialah terdapatnya darah di dalam urin, kerap membuang air kecil, rasa sakit ketika membuang air kecil, ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing, dan berpeluh secara berlebihan. Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing. Tanda-tanda batu karang di kalangan wanita juga boleh termasuk hilang selera makan, rasa letih, demam, mual, muntah-muntah, dan juga sembelit atau cirit-birit. Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing.
Mengetahui gejala batu karang di kalangan wanita boleh membantu anda menentukan rawatan yang terbaik jika anda mempunyai gejala-gejala ini. Kegagalan buah pinggang boleh menjadi satu komplikasi serius akibat batu karang, dan saluran lain boleh tersumbat disebabkan oleh batu itu. Dalam beberapa kes, rawatan perubatan mungkin diperlukan, dan jika terdapat mana-mana gejala kegagalan buah pinggang atau lain-lain tanda-tanda masalah yang serius, anda perlu berjumpa doktor dengan segera. Kebanyakan daripada batu karang boleh dikeluarkan tanpa sebarang rawatan perubatan yang sewajarnya, tetapi jika batu itu besar atau buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, maka anda perlu dinilai oleh seorang doktor. Tanda-tanda batu karang yang berlaku di kalangan wanita boleh menyebabkan kesakitan, tetapi biasanya tidak berbahaya, dan dalam kebanyakan kes apa yang diperlukan ialah melegakan sakit supaya batu itu boleh dikeluarkan.

Gejala batu karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain. Terdapat pelbagai jenis batu karang, dan ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada mikroskopik sehingga saiz yang cukup besar untuk menyekat saluran kencing anda. Batu karang pada lelaki mungkin mempunyai beberapa gejala yang sama, dan beberapa rawatan di rumah boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan dan mengeluarkan batu itu. Salah satu tanda yang paling kerap ialah rasa kesakitan, dan ini boleh berlaku di belakang, sisi, kemaluan, atau bahagian sulit.
Beberapa tanda lain batu karang pada wanita ialah terdapatnya darah di dalam urin, kerap membuang air kecil, rasa sakit ketika membuang air kecil, ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing, dan berpeluh secara berlebihan. Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing. Tanda-tanda batu karang di kalangan wanita juga boleh termasuk hilang selera makan, rasa letih, demam, mual, muntah-muntah, dan juga sembelit atau cirit-birit. Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing.
Mengetahui gejala batu karang di kalangan wanita boleh membantu anda menentukan rawatan yang terbaik jika anda mempunyai gejala-gejala ini. Kegagalan buah pinggang boleh menjadi satu komplikasi serius akibat batu karang, dan saluran lain boleh tersumbat disebabkan oleh batu itu. Dalam beberapa kes, rawatan perubatan mungkin diperlukan, dan jika terdapat mana-mana gejala kegagalan buah pinggang atau lain-lain tanda-tanda masalah yang serius, anda perlu berjumpa doktor dengan segera. Kebanyakan daripada batu karang boleh dikeluarkan tanpa sebarang rawatan perubatan yang sewajarnya, tetapi jika batu itu besar atau buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, maka anda perlu dinilai oleh seorang doktor. Tanda-tanda batu karang yang berlaku di kalangan wanita boleh menyebabkan kesakitan, tetapi biasanya tidak berbahaya, dan dalam kebanyakan kes apa yang diperlukan ialah melegakan sakit supaya batu itu boleh dikeluarkan.
Info : http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/tanda-batu-karang-pada-wanita/
Jangkitan Salur Kencing
Salam Ahad,
Hari ni tak ada cerita tentang putu..
hihi, tapi nak bercakap bab kesihatan wanita sikit. Kali ini entri
berkaitan jangkitan salur kencing : punca dan cara mengatasi
Pernah dengar tentang ‘jangkitan trek urinari’? Maksudnya salur kencing lah.
Gejala ini lazim berlaku di kalangan kita terutama kaum wanita, cuma yang kita mungkin tidak ketahui adalah apakah ia dan apakah puncanya?
Jangkitan trek urinari adalah jangkitan
yang berlaku pada sistem saluran kencing.Trek urinari terdiri daripada
organ yang mengumpul, menyimpan serta mengeluarkan air kencing daripada
badan iaitu, buah pinggang (kidney), ureter, pundi kencing (bladder) dan
salur kencing (uretra) .
Jangkitan jenis ini jarang mendatangkan
komplikasi tetapi boleh mengundang masalah kesihatan yang serius jika
jangkitan telah merebak ke bahagian buah pinggang. Ok, apa kata kita
lihat dulu fungsi-fungsi organ secara umum.
Fungsi-fungsi Organ
-
Buah pinggang (kidney)
Mengumpul bahan kumuh dan lebihan air daripada darah dalam bentuk air kencing.
-
Ureter
Membawa air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing .
-
Pundi Kencing
Menyimpan air kencing dan menolak keluar air kencing apabila mencapai takat penuh.
-
Salur Kencing (uretra)
Tiub kecil yang membawa keluar air kencing daripada pundi kencing semasa kencing.
Ok, fungsi-fungsi organ sudah diketahui so bagaimana agaknya jangkitan bermula ?
Jangkitan lazimnya bermula di trek
urinari bahagian bawah (salur kencing & pundi kencing) tetapi jika
tidak dirawat, ia boleh merebak ke trek urinari bahagian atas (ureter
& buah pinggang). Jangkitan di pundi kencing (sistitis) adalah jenis
jangkitan yang lazim berlaku.
Jangkitan di bahagian salur kencing
dikenali sebagai uritritis manakala jangkitan di buah pinggang
(pilonefritis)memerlukan rawatan segera kerana boleh menyebabkan
gangguan fungsi buah pinggang dan juga kematian bagi kes yang teruk.
Siapa berisiko mendapat jangkitan salur kencing atau trek urinari ?
Jangkitan trek urinari boleh berlaku
dalam kalangan lelaki, wanita & kanak-kanak. Namun begitu biasanya
wanita mudah mendapat jangkitan ini iaitu dalam nisbah 5:2 berbanding
lelaki dan 1:5 di kalangan wanita daripada pelbagai peringkat umur.
Punca-punca Jangkitan
1. Dianggarkan 80% kejadian jangkitan
trek urinari disebabkan oleh bakteria yang terdapat di bahagian anal
(salur najis). Pada bahagian ini, ia tidak akan memberi sebarang kesan
penyakit, namun jika ia tiba di bahagian sistem kencing, jangkitan akan
berlaku.
2. Bakteria penyebab masalah ini dikenali sebagai Escherishia coli (E.coli).
Lain-lain bakteria yang turut menyumbang kepada jangkitan adalah
staphylococcus, chlamydia trachomatis dan mycoplasma hominis. Saluran
masuk bakteria adalah melalui salur kencing , di mana lazimnya badan
manusia dapat menyingkirkan bakteria ini tanpa sebarang simptom.
Golongan mudah terdedah kepada jangkitan ini adalah wanita & warga
emas.
3. Jangkitan trek urinari lazim berlaku
di kalangan wanita disebabkan ukuran salur kencing wanita yang lebih
pendek (3.8 cm/1.5 inci) berbanding lelaki (20 cm/8 inci) serta
kedudukan salur kencing wanita yang lebih hampir dengan anus (saluran
najis)
4. Tersekatnya aliran keluar air kencing disebabkan tumor atau batu karang di pundi kencing.
5. Aktiviti seks yang terlalu aktif juga
boleh menyebabkan jangkitan terutama apabila berlakunya iritasi pada
salur kencing. Iritasi pada lapisan mukosa salur kencing, menyediakan
keadaan lembap sesuai untuk pertumbuhan bakteria ke dalam trek urinari.
6. Penggunaan produk feminin/intimasi yang kuat kandungannya menyebabkan iritasi pada salur kencing.
7. Penggunaan alat-alat pencegah kehamilan seperti diafram juga mendedahkan wanita kepada risiko jangkitan.
8. Jangkitan dalam kalangan wanita yang
telah menopaus (putus haid) pula adalah disebabkan oleh penipisan dan
kelemahan tisu vagina, salur kencing dan dasar pundi kencing akibat
kemerosotan hormon estrogen.
9. Wanita mudah mendapat jangkitan jika
turut menghidap diabetes atau lain-lain penyakit kronik yang mengganggu
ketahanan badan terhadap jangkitan.
10. Pengambilan ubatan tertentu seperti kortison dalam dos yang tinggi mendedahkan wanita terhadap risiko jangkitan.
Simptom Jangkitan Trek Urinari
-
Saluran kencing rasa pijar /terbakar semasa kencing
-
Kencing kerap dengan kuantiti air kencing yang sedikit setiap kali kencing.
-
Rasa terdesak untuk kencing.
-
Kehadiran darah dalam air kencing.
-
Keluar cecair kekuning-kuningan dari salur kencing. Sakit di bahagian belakang atau bawah abdomen (bahagian pelvik).
-
Letih lesu
-
Demam rendah
-
Air kencing berwarna keruh,gelap dan berbau kuat.
Komplikasi
Jika rawatan awal diabaikan,ia boleh
menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit
polinefritis yang menyebabkan kerosakan kekal pada ginjal. Bagi ibu
hamil pula,berisiko melahirkan bayi kurang berat badan dan kelahiran pra-matang. Si ibu juga berkemungkinan berhadapan dengan risiko tekanan darah tinggi.
Kaedah Mengesan Jangkitan Trek Urinari ?
Ujian air kencing dilakukan untuk
melihat jenis bakteria dan mengenalpasti jenis antibiotik yang boleh
memusnahkan bakteria tersebut.
Kaedah Rawatan
-
Rawatan antibiotik diberi untuk merawat jangkitan berdasarkan jenis bakteria yang hadir di dalam air kencing.
-
Ubat penahan kesakitan.
-
Ubat demam.
Langkah-langkahan Pencegahan ( Mencegah lebih baik daripada merawat )
-
Minum lebih air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk menyingkirkan bakteria daripada sistem kencing.
-
Elakkan menahan kencing (membiarkan pundi kencing penuh akan menggalakkan pembiakan bakteria dalam air kencing yang lama bertakung di dalam pundi kencing)
-
Cuci & lap kering bahagian sulit dengan pergerakan dari atas menghala ke bawah (vagina ke anus) terutama selepas membuang air besar. Pastikan bahagian sulit sentiasa dalam keadaan kering.
-
Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas.
-
Pakai seluar/jeans yang agak longgar untuk memastikan bahagian sulit sentiasa kering.
-
Kencing setiap kali selepas melakukan hubungan intim untuk mengeluarkan bakteria yang mungkin masuk ke salur kencing semasa aktiviti tersebut.
-
Gunakan kondom semasa melakukan hubungan intim untuk mengurangkan risiko mendapat infeksi.
-
Elakkan penggunaan produk feminin yang boleh memberi kesan iritasi pada salur kencing.
-
Gunakan produk feminin yang lembut & bebas pewangi. Bagi wanita yang mengawal kesuburan, elakkan mengguna kaedah diafram & penggunaan spermisid kerana kedua-dua kaedah ini didapati berisiko mendedahkan wanita terhadap jangkitan trek urinari. Pilih kaedah perancang kesuburan yang lain.
** Sumber : Majalah Rapi Julai 06
Info : http://apacerita.com/kesihatan/jangkitan-salur-kencing/
Fungsi Bladder
- Bladder, berbentuk segitiga dan terletak di abdomen bawah. Ia diikat oleh ligament yang bercantum dengan organ lain dan tulang pelvic.
- Dinding bladder mengecut dan mengembang untuk menyimpan air kencing dan mengecut untuk membuang air kencing.
- Bladder dewasa mampu menyimpan air kencing sebanyak dua cawan sehingga2 jam.
Subscribe to:
Posts (Atom)





