Anatomi Buah Pinggang


Bagi manusia, buah pinggang terletak di bahagian belakang (posterior) dalam ruang perut. Terdapat dua buah pinggang, satu setiap sebelah tulang belakang; buah pinggang kanan terletak betul-betul di bawah diafragma dan belakang hati, yang sebelah kiri di bawah diafragma dan belakang organ limpa. Di atas setiap buah pinggang adalah kelenjar adrenal (juga dikenali sebagi kelanjar suprarenal). Kedudukan tidak sekata dalam ruang perut disebabkan hati menyebabkan buah pinggang kanan terletak rendah sedikit berbanding buah pinggang kiri sementara buah pinggang kiri terletak lebih di tengah sedikit. Sebahagian besar air akan diserap kembali ke dalam buah pinggang vertebra melalui kitaran Henle.

Buah pinggang adalah retroperitoneum (dalam selaput rongga dalam perut) dan sekitar 9 hingga 13 cm in diameter; yang di kiri besar sedikit berbanding kanan. Ia sekitar paras vertebral aras T12 hingga L3. Sebahagian bahagian atas buah pinggang dilindungi oleh tulang rusuk ke sebelas dan dua belas, dan setiap buah pinggang dan kelenjar adrenal dikelilingi sepenuhnya oleh dua lapis lemak (lemak perirenal dan pararenal) dan renal fascia yang membantu melapiknya. Ketiadaan buah pinggang sejak lahir (kongenital) satu atau kedua-dua buah pinggang secara serentak, yang dikenali sebagai unilateral (sebelah) atau bilateral (kedua-dua belah) agenesis renal, boleh berlaku.

Buah pinggang menerima darah tidak bertapis secara langsung dari jantung melalui abdominal aorta yang kemudiannya berpecah kepada arteri renal kekiri dan kanan. Darah bertapis kemudiannya kembali melalui vena ginjal (renal vein) kiri dan kanan kepada vena kava inferior dan kemudiannya ke jantung. [Aliran darah renal]] merangkumi 20-25% daripada pengeluaran kardiak jantung.

Apa Itu Buah Pinggang?


Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi.[1] Awalan nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros (νεφρός); tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti buah pinggang.