Tanda Batu Karang Pada Wanita

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Gejala batu karang yang berlaku di kalangan wanita kemungkinan tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda walaupun terdapat batu-batu di sepanjang saluran sehingga menimbulkan kesakitan dan beberapa gejala lain. Terdapat pelbagai jenis batu karang, dan ianya boleh didapati dalam pelbagai saiz yang terdiri daripada mikroskopik sehingga saiz yang cukup besar untuk menyekat saluran kencing anda. Batu karang pada lelaki mungkin mempunyai beberapa gejala yang sama, dan beberapa rawatan  di rumah boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan dan mengeluarkan batu itu. Salah satu tanda yang paling kerap ialah rasa kesakitan, dan ini boleh berlaku di belakang, sisi, kemaluan, atau bahagian sulit.


Beberapa tanda lain batu karang pada wanita ialah terdapatnya darah di dalam urin, kerap membuang air kecil, rasa sakit ketika membuang air kecil, ketidakupayaan untuk membuang air kecil disebabkan adanya batu yang menyekat saluran kencing, dan berpeluh secara berlebihan. Sakit batu karang boleh menjadi lebih teruk dan rasa sakitnya seperti batu sedang bergerak melalui saluran kencing. Tanda-tanda batu karang di kalangan wanita juga boleh termasuk hilang selera makan, rasa letih, demam, mual, muntah-muntah, dan juga sembelit atau cirit-birit. Komplikasi batu karang yang kerap berlaku adalah jangkitan saluran kencing.

Mengetahui gejala batu karang di kalangan wanita boleh membantu anda menentukan rawatan yang terbaik jika anda mempunyai gejala-gejala ini. Kegagalan buah pinggang boleh menjadi satu komplikasi serius akibat batu karang, dan saluran lain boleh tersumbat disebabkan oleh batu itu. Dalam beberapa kes, rawatan perubatan mungkin diperlukan, dan jika terdapat mana-mana gejala kegagalan buah pinggang atau lain-lain tanda-tanda masalah yang serius, anda perlu berjumpa doktor dengan segera. Kebanyakan daripada batu karang boleh dikeluarkan tanpa sebarang rawatan perubatan yang sewajarnya, tetapi jika batu itu besar atau buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, maka anda perlu dinilai oleh seorang doktor. Tanda-tanda batu karang yang berlaku di kalangan wanita boleh menyebabkan kesakitan, tetapi biasanya tidak berbahaya, dan dalam kebanyakan kes apa yang diperlukan ialah melegakan sakit supaya batu itu boleh dikeluarkan.

Info : http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/tanda-batu-karang-pada-wanita/

Jangkitan Salur Kencing


 

Salam Ahad,

Hari ni tak ada cerita tentang putu.. hihi, tapi nak bercakap bab kesihatan wanita sikit. Kali ini entri berkaitan jangkitan salur kencing : punca dan cara mengatasi
Pernah dengar tentang ‘jangkitan trek urinari’? Maksudnya salur kencing lah.

Gejala ini lazim berlaku di kalangan kita terutama kaum wanita, cuma yang kita mungkin tidak ketahui adalah apakah ia dan apakah puncanya?
Jangkitan trek urinari adalah jangkitan yang berlaku pada sistem saluran kencing.Trek urinari terdiri daripada organ yang mengumpul, menyimpan serta mengeluarkan air kencing daripada badan iaitu, buah pinggang (kidney), ureter, pundi kencing (bladder) dan salur kencing (uretra) .

Jangkitan jenis ini jarang mendatangkan komplikasi tetapi boleh mengundang masalah kesihatan yang serius jika jangkitan telah merebak ke bahagian buah pinggang. Ok, apa kata kita lihat dulu fungsi-fungsi organ secara umum.

Fungsi-fungsi Organ
  • Buah pinggang (kidney)
Mengumpul bahan kumuh dan lebihan air daripada darah dalam bentuk air kencing.
  • Ureter
Membawa air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing .
  • Pundi Kencing
Menyimpan air kencing dan menolak keluar air kencing apabila mencapai takat penuh.
  • Salur Kencing (uretra)
Tiub kecil yang membawa keluar air kencing daripada pundi kencing semasa kencing.
Ok, fungsi-fungsi organ sudah diketahui so bagaimana agaknya  jangkitan bermula ?
Jangkitan lazimnya bermula di trek urinari bahagian bawah (salur kencing & pundi kencing) tetapi jika tidak dirawat, ia boleh merebak ke trek urinari bahagian atas (ureter & buah pinggang). Jangkitan di pundi kencing (sistitis) adalah jenis jangkitan yang lazim berlaku.

Jangkitan di bahagian salur kencing dikenali sebagai uritritis manakala jangkitan di buah pinggang (pilonefritis)memerlukan rawatan segera kerana boleh menyebabkan gangguan fungsi buah pinggang dan juga kematian bagi kes yang teruk.

Siapa berisiko mendapat jangkitan salur kencing atau trek urinari ?
Jangkitan trek urinari boleh berlaku dalam kalangan lelaki, wanita & kanak-kanak. Namun begitu biasanya wanita mudah mendapat jangkitan ini iaitu dalam nisbah 5:2 berbanding lelaki dan 1:5 di kalangan wanita daripada pelbagai peringkat umur.

Punca-punca Jangkitan

1. Dianggarkan 80% kejadian jangkitan trek urinari disebabkan oleh bakteria yang terdapat di bahagian anal (salur najis). Pada bahagian ini, ia tidak akan memberi sebarang kesan penyakit, namun jika ia tiba di bahagian sistem kencing, jangkitan akan berlaku.
2. Bakteria penyebab masalah ini dikenali sebagai Escherishia coli (E.coli). Lain-lain bakteria yang turut menyumbang kepada jangkitan adalah staphylococcus, chlamydia trachomatis dan mycoplasma hominis. Saluran masuk bakteria adalah melalui salur kencing , di mana lazimnya badan manusia dapat menyingkirkan bakteria ini tanpa sebarang simptom. Golongan mudah terdedah kepada jangkitan ini adalah wanita & warga emas.
3. Jangkitan trek urinari lazim berlaku di kalangan wanita disebabkan ukuran salur kencing wanita yang lebih pendek (3.8 cm/1.5 inci) berbanding lelaki (20 cm/8 inci) serta kedudukan salur kencing wanita yang lebih hampir dengan anus (saluran najis)
4. Tersekatnya aliran keluar air kencing disebabkan tumor atau batu karang di pundi kencing.
5. Aktiviti seks yang terlalu aktif juga boleh menyebabkan jangkitan terutama apabila berlakunya iritasi pada salur kencing. Iritasi pada lapisan mukosa salur kencing, menyediakan keadaan lembap sesuai untuk pertumbuhan bakteria ke dalam trek urinari.
6. Penggunaan produk feminin/intimasi yang kuat kandungannya menyebabkan iritasi pada salur kencing.
7. Penggunaan alat-alat pencegah kehamilan seperti diafram juga mendedahkan wanita kepada risiko jangkitan.
8. Jangkitan dalam kalangan wanita yang telah menopaus (putus haid) pula adalah disebabkan oleh penipisan dan kelemahan tisu vagina, salur kencing dan dasar pundi kencing akibat kemerosotan hormon estrogen.
9. Wanita mudah mendapat jangkitan jika turut menghidap diabetes atau lain-lain penyakit kronik yang mengganggu ketahanan badan terhadap jangkitan.
10. Pengambilan ubatan tertentu seperti kortison dalam dos yang tinggi mendedahkan wanita terhadap risiko jangkitan.

Simptom Jangkitan Trek Urinari
  1. Saluran kencing rasa pijar /terbakar semasa kencing
  2. Kencing kerap dengan kuantiti air kencing yang sedikit setiap kali kencing.
  3. Rasa terdesak untuk kencing.
  4. Kehadiran darah dalam air kencing.
  5. Keluar cecair kekuning-kuningan dari salur kencing.  Sakit di bahagian belakang atau bawah abdomen (bahagian pelvik).
  6. Letih lesu
  7. Demam rendah
  8. Air kencing berwarna keruh,gelap dan berbau kuat.
Komplikasi

Jika rawatan awal diabaikan,ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit polinefritis yang menyebabkan kerosakan kekal pada ginjal. Bagi ibu hamil pula,berisiko melahirkan bayi kurang berat badan dan kelahiran pra-matang. Si ibu juga berkemungkinan berhadapan dengan risiko tekanan darah tinggi.

Kaedah  Mengesan  Jangkitan Trek Urinari ?

Ujian air kencing dilakukan untuk melihat jenis bakteria dan mengenalpasti jenis antibiotik yang boleh memusnahkan bakteria tersebut.

Kaedah Rawatan
  1. Rawatan antibiotik diberi untuk merawat jangkitan berdasarkan jenis bakteria yang hadir di dalam air kencing.
  2. Ubat penahan kesakitan.
  3. Ubat demam.
Langkah-langkahan Pencegahan ( Mencegah lebih baik daripada merawat )
  1. Minum lebih air iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk menyingkirkan bakteria daripada sistem kencing.
  2. Elakkan menahan kencing (membiarkan pundi kencing penuh akan menggalakkan pembiakan bakteria dalam air kencing yang lama bertakung di dalam pundi kencing)
  3. Cuci & lap kering bahagian sulit dengan pergerakan dari atas menghala ke bawah (vagina ke anus) terutama selepas membuang air besar. Pastikan bahagian sulit sentiasa dalam keadaan kering.
  4. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas.
  5. Pakai seluar/jeans yang agak longgar untuk memastikan bahagian sulit sentiasa kering.
  6. Kencing setiap kali selepas melakukan hubungan intim untuk mengeluarkan bakteria yang mungkin masuk ke salur kencing semasa aktiviti tersebut.
  7. Gunakan kondom semasa melakukan hubungan intim untuk mengurangkan risiko mendapat infeksi.
  8. Elakkan penggunaan produk feminin yang boleh memberi kesan iritasi pada salur kencing.
  9. Gunakan produk feminin yang lembut & bebas pewangi. Bagi wanita yang mengawal kesuburan, elakkan mengguna kaedah diafram & penggunaan spermisid kerana kedua-dua kaedah ini didapati berisiko mendedahkan wanita terhadap jangkitan trek urinari. Pilih kaedah perancang kesuburan yang lain.
** Sumber : Majalah Rapi Julai 06
Info :  http://apacerita.com/kesihatan/jangkitan-salur-kencing/

Fungsi Bladder

  • Bladder, berbentuk segitiga dan terletak di abdomen bawah. Ia diikat oleh ligament yang bercantum dengan organ lain dan tulang pelvic.
  • Dinding bladder mengecut dan mengembang untuk menyimpan air kencing dan mengecut untuk membuang air kencing.
  • Bladder dewasa mampu menyimpan air kencing sebanyak dua cawan sehingga2 jam.

Apa Itu Ureters

  • Manusia mempunyai 2 ureters. 
  • Ia adalah tiub kecil yang menghantar air kencing ke bladder.
  • Otot di dinding ureter mengecut dan mengetat untuk menghantar air kencing ke bawah jauh daripada ginjal.
  • Jika air naik semula ke ginjal maka jangkitan akan berlaku dan merosakkan ginjal.
  • Setiap 10-15saat ureter akan menghantar air kencing ke bladder dalam jumlah yang sedikit.

Sistem Urinari



Sistem urinari adalah kumpulan organ yang menyah air berlebihan dan bahan-bahan tidak diperlukan daripada salur darah. Bahan ini di tapis keluar daripada badan sebagai air kencing. Air kencing dihasilkan di ginjal, dikumpul di bladder dan keluar di urethra.
 
Organ urinari ialah ginjal, ureters, bladder dan urethra. Sistem ini membantu menstabilkan homeostasis. Ginjal adalah organ utama homeostasis kerana ia menstabilkan asid asas dalam badan dan air garam dalam darah.

Buah Pinggang Merembes Pelbagai Hormon


Buah pinggang merembes pelbagai hormon. Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan eritrosit dalam sum-sum tulang merah. Renin terbabit dalam pengawalan rembesan aldosteron melalui sistem renin-angiotensin-aldosteron. Calcitriol, bentuk aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca2+ dari darah dan penyingkiran PO32-. Kesemua membantu peningkatan aras Ca2+.

Buah Pinggang Mengawal Isipadu Plasma Tubuh


Sebarang peningkatan atau penurunan dalam osmolaliti plasma dikesan oleh hipotalamus, yang berhubung secara langsung dengan kelenjar pituitari posterior. Peningkatan dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembes hormon antidiuretik, menyebabkan penyerapan air oleh buah pinggang dan peningkatan pada kepekatan kencing. Kedua faktor bekerjasama bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal.

Buah Pinggang Kawal Tekanan Darah


Ion sodium dikawal dalam proses homeostatik yang membabitkan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula ion sodium dalam (distal convoluted tubules).

Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. 

Buah Pinggang Mengimbangi pH bes-asid


Buah pinggang mengawal tahap pH darah dengan menyesuai aras ion H+, dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian, termasuk juga komposisi air dalam darah.

Buah Pinggang & Homeostasis


Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.

Buah pinggang merupakan salah satu dari organ utama terbabit dalam homeostasis keseluruhan tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi bes-asid, mengawal kepekatan elektrolit, mengawal isipadu darah, dan mengawal tekanan darah. Buah pinggang melaksanakan fungsi homeostatik ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan organ lain, terutama bersama dengan sistem endokrin. Buah pinggang berhubung dengan organ ini melalui hormon yang dirembes ke dalam aliran darah.

Buah Pinggang Menyingkirkan Bahan Kumuhan


Buah pinggang menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melalui metabolisme, termasuk sisa bernitrogen: urea (dari katabolism protein) dan asid urik (daripada metabolik asid nukleik) dan air.

Buah Pinggang Sebagai Penapis Darah


Darah memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah kepada arteri bahagian (segmental arteries), yang kemudiannya berpecah lebih lanjut kepada arteri interlobar menembusi kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal melalui piramid renal. Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kepada arteri arcuate yang merentasi sempadan cortex dan medula. Each arteri arcuate membekalkan pelbagai arteri interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam afferent arterioles untuk ditapis melalui nephron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan venules halus yang bertemu pada interlobar veins. Sebagaimana pengagihan arteriole, pengagihan urat menurut pola yang sama, interlobar membekalkan darah pada urat arcuate kemudian kembali kepada urat interlobar yang kemudiannya membentuk urat renal keluar dari buah pinggang.

Penapisan darah berlaku dalam nefron, yang terdapat dalam buah pinggang.