Pengenalan
Buah pinggang juga dikenali sebagai ginjal iaitu organ kembar yang terlibat dalam sistem urinari seseorang. Tugas
terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan
mengekalkan homeostasis. Homeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan
dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homeostasis dengan mengeluarkan atau
menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih.
Setiap orang memiliki sepasang ginjal yang terletak di kanan dan kiri tubuh. Lokasinya ialah di belakang perut atau abdomen, kanan dan kiri tulang belakang, di bawah hati dan limpa. Di bahagian atas (superior) ginjal terdapat kalenjar adrenal yang juga disebut sebagai suprarenal glands. Ginjal bersifat retroperitoneal yang bererti terletak di belakang peritoneum yang melapisi rongga abdomen. Kedua ginjal terletak di sekitar vertebra T12 hingga L3. Ginjal kanan biasanya terletak sedikit di bawah ginjal kiri untuk memberi tempat kepada hati.
Ginjal atau buah pinggang merupakan organ ekskresi dalam vetebrata yang bentuknya mirip kacang merah. Ekskresi adalah proses pembuangan sisa metabolisme dan benda tidak berguna lainnya.
Fungsi Buah Pinggang atau Ginjal
Fungsi utama buah pinggang atau ginjal adalah untuk mengatur volume dan
kandungan kimiawi darah dan sebagai penyaring
kotoran (terutama urea) dari darah dan membuangnya bersama dengan air
dalam bentuk urin. Selain itu juga berperanan dalam menghasilkan erythropoietin (EPO) yang menstimulasi produksi sel darah merah. Apabila ginjal telah mengesan bahawa jumlah sel darah
merah dalam tubuh berkurang, maka ginjal merangsang produksi dan pelepasan lebih
banyak sel darah. Ginjal juga menghasilkan metabolisme vitamin D iaitu calcitriol yang merupakan bentuk aktif dari vitamin D dan
diperolehi daripada calciferol dan fungsinya supaya vitamin D bertahan dalam
darah. Renin yang merupakan enzim juga disekresi oleh ginjal. Sekresi atau secretion adalah proses melepaskan untuk membuat dan melepaskan bahan kimiawi dalam bentuk lendir. Munculnya
renin kerana ada rangsangan, tekanan dan konsentrasi air dan sodium, maka jika
ia menurun, maka keluar renin dari liver merangsang angiotensinogen.
Pemahaman
yang lebih mudah untuk masyarakat awam memahami akan fungsi buah
pinggang ialah sebagai pembersih bahan dan cecair berlebihan dari dalam
darah. Menapis dan membantu memperbetulkan tekanan darah dan menentukan
bilangan sel darah. Seterusnya berfungsi menyingkirkan kotoran dalm
bentuk cecair melalui air kencing.
Sakit Buah Pinggang
Pesakit
yang mengalami masalah atau gangguan pada buah pinggang tidak
semestinya berasa sakit pada kedua-dua belah kiri dan kanan pinggangnya
seperti mana mereka yang mengalami sakit jantung yang terpaksa memegang
dada ketika berlakunya serangan jantung. Kadangkala pesakit sendiri
tidak menyedari yang dia sedang mengalami kelemahan fungsi buah
pinggangnya, sehinggalah dilakukan diagnosis ke atasnya atau mengalami
simptom-simptom tertentu.
Terdapat
banyak penyakit yang melibatkan buah pinggang atau ginjal ini. Antaranya
ialah infeksi saluran kencing, saluran kencing tersekat kerana adanya
batu dalam ginjal atau disebut juga sebagai batu karang, tekanan darah
tinggi, diabetes mellitus, glomerulonephritis, nephrosis dan lain-lain.
Gejala Sakit Buah Pinggang
- Terasa sakit ketika kencing
- Kerap kencing terutama pada waktu malam
- Kencing berdarah iaitu air kencing bercampur dengan darah
- Sukar untuk tidur
- Tekanan darah tinggi
- Terasa lemah dan letih
- Bengkak pada kaki
- Sakit pada bahagian belakang terutama pinggang dan punggung
- Terasa mual dan loya
- Perubahan jumlah air kencing samada terlalu banyak atau terlalu sedikit
- Kencing kotor iaitu warna air kencing yang terlampau kuning atau kemerahan atau cokelat
- Sembap pada keliling mata yang berlarutan terutama pada sebelah pagi
- Kencing tidak lawas
Punca Sakit Buah Pinggang
Sakit buah pinggang adalah disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya ialah:
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Kurangnya meminum air iaitu kurang 2.5 liter setiap hari yang menyebabkan tubuh menjadi kekeringan dan pada masa yang sama ginjal bekerja keras
- Pengambilan ubat-ubatan atau makanan yang berkimia secara kerap
- Merokok
- Mengamalkan minuman yang manis-manis secara kerap terutama yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan
- Pengambilan minuman beralkohol
- Tabiat suka menahan kencing
- Mengamalkan minum air di tengah malam secara kerap
- Tidak atau kurangnya mengamalkan senaman
- Tekanan perasaan yang melampau atau stress
Diagnosis
Pesakit
yang mengalami masalah yang berkaitan dengan buah pinggang boleh
diperiksa dengan melakukan beberapa kaedah diagnosis untuk mengenalpasti
sejauh mana tahap sakitnya. Pusat Rawatan Islam Elmufeed menggunakan kaedah seperti:
1. Saraf Tapak Tangan (The Sign of Hand-Palmistry)
- Ruas ketiga jari kelingking membuncit
- Rasa ketulan pada ruas ketiga jari kelingking
- Ruas jari ketiga seluruh jari membuncit
- Pangkal kuku berwarna hitam
- Garis-garis halus menegak jelas kelihatan pada ruas-ruas jari
2. Iridologi (Iridology)
Menggunakan alat atau mesin iridologi (computerized iridology analysis) untuk mengenalpasti pada sistem pembuangan (elimination)
iaitu pada Zon 5 antara jam 5-6 (mata kanan) dan antara jam 6-7 (mata
kiri). Kaedah iridologi ini boleh melihat keadaan jaringan organ tubuh
dalam 5 tahap samada pada tahap normal, acute, sub-acute, chronic atau degenerative.
Rawatan dan Terapi
Pesakit
buah pinggang boleh dirawat dengan beberapa kaedah rawatan dan terapi
bergantung jenis sakit, keadaan tubuh pesakit dan selepas melakukan
diagnosis atau pemeriksaan. Antara terapi yang boleh dilakukan ialah:
- Al Hijamah (bekam)
- Akupuntur (acupuncture)
- Refleksologi (reflexology)
- Rawatan berasaskan herba
Semoga dengan paparan info berkenaan dengan buah pinggang atau ginjal
ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat ke arah penjagaan tubuh badan
agar sentiasa sihat sepanjang hayat dan membantu memudahkan menjalani
ibadah seharian kita kepada Allah SWT serta menjadi insan yang bertaqwa.
Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD
Info : http://bekamdanrawat.blogspot.com/2011/12/mengenal-buah-pinggang.html
No comments:
Post a Comment