Apa Itu Hyperoxaluria dan Oxalosis?

 


hyperoxaluriaHyperoxalaria merupakan satu keadaan di mana kehadiran oxalate (suatu garam asid oksalik) yang terlampau banyak di dalam air kencing. Oxalate merupakan garam terhasil dari asid oksalik dan merupakan hasil semulajadi terakhir metabolisme badan.

Oxalate tidak diperlukan oleh proses tubuh badan manusia, dan secara normalnya lebih dari 90% akan disingkirkan oleh buah pinggang yang sihat, dan sedikit amaun akan disingkirkan melalui usus pada bahagian bawah.

Oleh kerana oxalate dan kalsium disingkirkan oleh buah pinggang secara berterusan melalui air kencing, ianya boleh bergabung dengan kalsium dan mengakibatkan pembentukan kristal kalsium-oxalate dan tumbuh di dalam batu karang.

Batu karang kebiasaannya terjadi dikalangan golongan dewasa. Berlaku sebanyak 10% bagi lelaki dan 3% bagi wanita semasa hidup mereka. Batu karang jarang terjadi pada kanak-kanak dan tidak selalunya terjadi dikalangan remaja, walaupun ianya boleh terjadi pada sebarang peringkat umur.

Batu kalsium oxalate merupakan jenis yang paling biasa berlaku pada mereka yang mempunyai batu karang. Peningkatan tahap oxalate di dalam air kencing datangnya dari makanan yang mengandungi tahap oxalate yang terlalu tinggi.

Penyerapan oxalate yang terlampau dari saluran usus berkaitan dengan penyakit usus (enteric hyperoxaluria) dan penghasilan oxalate yang tidak normal (primary hyperoxaluria).
Hyperoxaluria jarang berlaku. Bagi sesetengah individu, penyebab penyingkiran oxalate yang terlampau banyak di dalam air kencing tidak diketahui tetapi mungkin disebabkan oleh perubahan cara buah pinggang mengawal amaun normal oxalate di dalam badan.

Terdapat banyak bentuk yang dapat dijumpai dikalangan semua peringkat umur, daripada bayi sehingga mereka yang berumur 70 an. Kandungan amaun oxalate yang paling tinggi di dalam air kencing walaubagaimanapun boleh dikesan di mana hati menghasilkan oxalate terlampau banyak. Ini terjadi bagi mereka yang mengalami primary hyperoxaluria.

Disebabkan oleh tahap kehancuran oxalate yang rendah, kepekatan oxalate di dalam cecair badan akan meningkat, termasuk air kencing, boleh mendorong kepada pemendapan kalsium oxalate (oxalosis) di dalam tisu buah pinggang (nephro calcinosis) atau pada salur urinari (urolithiasis, nephrolithiasis, batu karang).

Oxalosis berlaku selepas kegagalan buah pinggang dan oxalate yang berlebihan akan meningkat di dalam darah dan kemudian garam oxalate akan mendap di dalam mata, salur darah, tulang, otot-otot, jantung dan organ utama yang lain.

Info :  http://buahpinggangsihat.com/penyakit-batu-karang-2/apa-itu-hyperoxaluria-dan-oxalosis/

No comments:

Post a Comment