Hyperoxalaria
merupakan satu keadaan di mana kehadiran oxalate (suatu garam asid
oksalik) yang terlampau banyak di dalam air kencing. Oxalate merupakan
garam terhasil dari asid oksalik dan merupakan hasil semulajadi terakhir
metabolisme badan.
Oxalate tidak diperlukan oleh proses
tubuh badan manusia, dan secara normalnya lebih dari 90% akan
disingkirkan oleh buah pinggang yang sihat, dan sedikit amaun akan
disingkirkan melalui usus pada bahagian bawah.
Oleh kerana oxalate dan kalsium
disingkirkan oleh buah pinggang secara berterusan melalui air kencing,
ianya boleh bergabung dengan kalsium dan mengakibatkan pembentukan
kristal kalsium-oxalate dan tumbuh di dalam batu karang.
Batu karang kebiasaannya terjadi
dikalangan golongan dewasa. Berlaku sebanyak 10% bagi lelaki dan 3% bagi
wanita semasa hidup mereka. Batu karang jarang terjadi pada kanak-kanak
dan tidak selalunya terjadi dikalangan remaja, walaupun ianya boleh
terjadi pada sebarang peringkat umur.
Batu kalsium oxalate merupakan jenis
yang paling biasa berlaku pada mereka yang mempunyai batu karang.
Peningkatan tahap oxalate di dalam air kencing datangnya dari makanan
yang mengandungi tahap oxalate yang terlalu tinggi.
Penyerapan oxalate yang terlampau dari
saluran usus berkaitan dengan penyakit usus (enteric hyperoxaluria) dan
penghasilan oxalate yang tidak normal (primary hyperoxaluria).
Hyperoxaluria jarang berlaku. Bagi
sesetengah individu, penyebab penyingkiran oxalate yang terlampau banyak
di dalam air kencing tidak diketahui tetapi mungkin disebabkan oleh
perubahan cara buah pinggang mengawal amaun normal oxalate di dalam
badan.
Terdapat banyak bentuk yang dapat
dijumpai dikalangan semua peringkat umur, daripada bayi sehingga mereka
yang berumur 70 an. Kandungan amaun oxalate yang paling tinggi di dalam
air kencing walaubagaimanapun boleh dikesan di mana hati menghasilkan
oxalate terlampau banyak. Ini terjadi bagi mereka yang mengalami primary
hyperoxaluria.
Disebabkan oleh tahap kehancuran oxalate
yang rendah, kepekatan oxalate di dalam cecair badan akan meningkat,
termasuk air kencing, boleh mendorong kepada pemendapan kalsium oxalate
(oxalosis) di dalam tisu buah pinggang (nephro calcinosis) atau pada
salur urinari (urolithiasis, nephrolithiasis, batu karang).
Oxalosis berlaku selepas kegagalan buah
pinggang dan oxalate yang berlebihan akan meningkat di dalam darah dan
kemudian garam oxalate akan mendap di dalam mata, salur darah, tulang,
otot-otot, jantung dan organ utama yang lain.
Info : http://buahpinggangsihat.com/penyakit-batu-karang-2/apa-itu-hyperoxaluria-dan-oxalosis/