Batu karang yang
berlaku pada lelaki mungkin menunjukkan beberapa tanda, atau tidak
menunjukkan sebarang tanda sama sekali. Terdapat beberapa faktor yang
terlibat bagi menentukan apakah gejala yang dialami, dan lokasi serta
saiz batu itu akan mempengaruhi kesan ke atas sakit batu karang yang
dirasakan. Dalam beberapa kes, penyingkiran batu karang
mungkin perlu jika batu itu terlalu besar. Kebiasaannya tanda pertama
yang anda perasan bagi penyakit batu karang adalah sakit yang yang
sedikit akan menjadi teruk terutamanya di bahagian tepi, belakang,
pangkal paha, atau kemaluan.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Faktor-faktor dan gejala-gejala khusus yang anda alami akan menentukan jenis batu karang yang sedang anda hadapi. Terdapat banyak jenis batu-batu ini, dengan komposisi dan bentuk yang berbeza, dan beberapa jenis boleh keluar dengan mudah dan dengan kesakitan yang kurang daripada yang lain. Batu karang yang berlaku di kalangan kaum lelaki juga menyebabkan peningkatan suhu badan, loya, dan juga muntah-muntah. Darah dalam air kencing lazimnya akan keluar bersama-sama dengan batu-batu ini, dan sensasi kekejangan mungkin dirasakan apabila otot saluran kencing cuba menolak batu itu keluar. Pengeluaran batu karang dikalangan lelaki juga akan menyebabkan jangkitan pada saluran kencing, kerana kerosakan yang dilakukan oleh batu karang tersebut ketika ia melalui tiub.
Tanda-tanda batu karang yang ditunjukkan dikalangan lelaki adalah sama dengan tanda-tanda batu karang yang berlaku dikalangan perempuan. Dalam beberapa kes, komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila batu karang tidak dapat keluar melalui saluran kencing, dan ini akan menyekat pengaliran air kencing.
Pembedahan kecemasan perlu dilakukan kerana batu tersebut perlu dibuang dengan segera. Komplikasi lain yang boleh berlaku ialah kegagalan buah pinggang, tetapi selalunya ianya disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan buah pinggang, bukan disebabkan oleh batu karang semata-mata. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti batu karang dan anda sebelum ini tidak pernah didiagnosis dengan penyakit batu karang, kemungkinan anda perlu berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah tersebut. Sekiranya anda mempunyai sejarah masalah batu karang dan mengalami tanda-tanda tersebut, kebiasaannya ubat-ubatan boleh membantu melainkan batu karang tersebut terlalu besar dan ianya menghalang saluran kencing anda.
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Info : http://buahpinggangsihat.com/penyakit-batu-karang-2/tanda-batu-karang-dikalangan-lelaki/